U Click Me I Click U

Tuesday, November 27, 2012

Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu




Saya nak share ayat-ayat yg best dlm novel ni:

Mencintaimu seperti memiliki segalanya,bersamamu bererti bahagia,biarpun aku hilang segalanya kerana mencintaimu. Hakikatnya aku bahagia bila kau berada di sisiku
Aku mahu lelaki yg apabila menatap bening mata nya,hati aku jadi luas dan lapang
Aku mahukan lelaki yg apabila aku dengar suaranya melagukan ayat Al-Quran secara murattal, ketenangan melingkar di jiwa
Aku mahukan lelaki yg marahnya mendidik,tegasnye berprinsip,sayangnya tulus dan budinya mencurah-curah.

Apabila aku berdiri di belakang nya sebagai makmum,aku rasa aman dan selamat
Aku mahukan suami yg kuat kesedaran agamanya. Kemas solatnya,dan faham akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami iaitu mencari nafkah, mendidik isteri,anak, menyuruh yang makruf,megutamakan usaha menuju akhirat berbanding mengejar dunia.

Pasangan bercinta tidak boleh berpegangan tangan,berdua-duaan,nada suara perlu dikawal,tidak boleh menggunakan nada menggoda, tidak boleh tinggalkan solat.
Dalam Islam cinta itu adalah amanah, kehormatan, penjagaan, kasih sayang, ketegasan dan komitmen.

Cinta yang sebenar adalah cinta yang menyelamatkan kekasih dari dosa.
Cinta sejati ialah cinta yang dapat menjaga kesucian iman dan membawa kekasihnye ke syurga yang abadi.

No comments:

Post a Comment